Monday, December 31, 2012

What Actually Happened in 2012 ??


January – March : still studying in Asasi Sains UiTM Puncak Alam.. Berjaya menamatkan Program Asasi UiTM di Puncak Alam dengan jayanya pada 26 Mac 2012.. 

All my sweet memories in PALAM.. PALAMIANS ARE AWESOME !!! 

April – June : stay at home and become suri rumah sepenuh masa.. Spend a lot of my time with sleeping, eating, cooking, baking and swimming.. During this time, I become a real K-Drama Lover.. Siang dan malam asyik tengok cita Korea jer sampai my mom bising.. Rasanya dalam 20 drama Korea jugak lah yang berjaya aku khatam.. Hebat kan ??? orang khatam AL – QURAN tapi aku boleh dok pi khatam cerita KOREA.. Teruk betoi..  ^_^

June : Merupakan bulan yang amat menyedihkan for my family.. Ianya merupakan hari pemergian my Atok, Haji Youb Bahari.. Semoga rohnya ditempatkan di tempat orang-orang yang beriman..  

July – August : Ramadhan & Hari Raya Time.. My 2012 Ramadhan is awesome as always.. I spend a lot of time eating various type of marvelous foods during breaking fast.. Masa Hari Raya, jangan cakap lah.. Makan macam orang yang dah tak akan jumpa makanan dah esok.. ish3.. Such a horrible girl right ?? who cares.. it’s my body though.. Disebabkan perangai aku yang pelahap sepanjang cuti ni lah aku berjaya menambahkan berat aku sebanyak 5kg.. AWESOME right ?? Within 6 months I successfully gain 5kg of weight.. Now, I become GEMOK MOK MOK.. ><

September : Fly to Sabah !! On 2 September 2012, aku mendaftarkan diri di UMS.. Masa mula jejak kan kaki di UMS, aku rasa best sangat sebab dapat study kat oversea..haha.. Masa tu excited habis lah.. Tapi, sangat sedih sebab terpaksa berpisah dengan family.. Aku dah lah tak pernah dok asrama dan berjauhan dari family.. Masa kat PALAM, barulah aku belajar hidup berjauhan dari family tapi sekarang ni lagi jauh.. Sabah tu beb.. Kena naik belon baru sampai..

September – November : My journey as a Medical Student starts here !! Masa ni lah aku baru kenal sapa kawan dan sapa lawan.. Di sini jugak mengajar aku untuk menjadi seorang gadis yang lebih berani.. Semuanya kena lakukan sendiri.. Dah tak da dah orang nak suapkan ilmu macam masa sekolah & asasi dulu.. dekat sini semuanya self study.. In here also I found a lot of awesome FRIENDS and I have found my new and truly best friend, HANI JAMIL..

November - December: Too many painful things had happened.. A big war ! Kutuk-mengutuk ! Caci-mencaci ! Kata-mengata ! Awkward Moment ! Everything was too much..  Tapi ALHAMDULILAH semuanya dapat diselesaikan dengan tenang tanpa sebarang pertumpahan darah.. Bak kata one of my friend, “semuanya adalah salah faham.. MISUNDERSTANDING ! “ sekarang ni keadaan sudah kembali aman dan everything was fine and AWESOME..

Sepanjang berada di UMS.. Everyone in here AMAZING !!

Finally, aku nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU !!!
Semoga tahun 2013 lebih bermakna dari tahun 2012..
Jadikan apa yang telah berlaku sepanjang tahun 2012 ni sebagai kenangan yang terindah.. 

p/s : Azam tahun baru untuk tahun 2013 cuma satu.. Nak jadi seorang manusia yang berguna buat masyarakat dan hamba Allah yang beriman.. ;)

Saturday, December 29, 2012

The Last Battle

Assalamualaikum w.b.t.

Hello readers !!! 

Selama 4 bulan aku bertarung nyawa dan mengharungi segala cabaran dan dugaan sepangjang aku berada di UMS ni..
Finally, this 1st semester will come to an end.. 
Yes !! I'm so excited and happy.. tipulah kalau kata sedih kan..
Aku sangat heppy sebab tak lama lagi aku akan balik PENANG.. 
Tapi sebelum aku balik ke PENANG ada satu benda penting yang harus aku hadap iaitu...

FINAL EXAM !!!!

OMG !!! sekejapnya masa berlalu.. rasa macam baru jer orientasi but now I will sit for final examination..
not just a simple examination but IMPORTANT EXAMINATION yang akan menentukan perjalanan hidup aku sama ada aku lulus ataupun fail.. Oh NO !! never said those word.. PUAKA !!

Tapi peperangan belum bermula lagi..sekarang ni semua org tengah busy buat last preparation..
Masa ni je lah nak siapkan diri dengan pelbagai jenis senjata.. Masa ni jugak lah yang nak menentukan keadaan kita masa di medan peperangan nanti..cukup kah semua senjata dan persediaan yang kita lakukan..
So, tlg lah jangan pandang rendah dengan STUDY WEEK !!! nama pon STUDY WEEK.. That's mean, it is a time for us to study.. not PLAYING !! 
Itu adalah peringatan utk diri sendiri sebab Izzati Yaacub ni memang bnyak main.. Tak pernah sedar-sedar yang dia tu ada exam.. boleh lagi pergi tengok movie.. 
But CZ12 mmg sgt9999 best.. Jackie Chan mmg sgt AWESOME and AMAZING.. klu korang stress masa study week ni..pergilah tgk CZ12..mmg x rugi wei.. hilang semua stress, tension and everything..
Eh ! boleh pergi promote pulak.. tadi suruh org STUDY but now suruh org tgk movie lak..
It's up to you guys.. I just recommend CZ12..mmg tak rugi kalau nak tgk.. TERBAIK !!! 

Now, I'm in the middle of preparation for my battle.. You can do it Zaty.. just go for it..
Aku dah tak da banyak masa nak melangut.. Sekarang ni aku hanya kena STUDY !!!
Doakan aku boleh jawab exam nanti erk.. Aku tahu korang semua baik kan.. So, luangkanlah masa sesaat korang utk doakan aku erk.. TQ.. ^_^

For all First Year Medical Student Of UMS.. Goodluck everyone.. Korang dah buat yang terbaik sepanjang semester pertama ni.. Korang adalah kawan, classmate, groupmate, roommate & sahabat yang sangat AWESOME for me.. Thank You for all the unforgettable memory this first semester.. Hopefully we will meet again next semester.. Aku harap jumlah 91 orang tu tak kan berkurang walaupun satu.. We are together remember.. Kita melangkah kaki ke UMS ni bersama-sama dan aku harap kita akan graduated & melangkah keluar dari UMS ni pun bersama-sama.. 

Tidak lupa jugak buat kawan-kawan aku yang lain.. sama ada korang ambik Medic, Dentistry, Farmasi, Engineering, Sains Kom, Account & etc.. korang semua pon tgh study week kan sekarang.. 
GOODLUCK utk Final Examination.. Korang semua boleh buat punya.. Aku yaking korang boleh sebab kawan-kawan aku semuanya cekang and hebat-hebat.. ;)

Remember.. Usaha ---> Doa ---> Tawakal.. 
Insyaallah.. Kejayaan Pasti Datang.. ;)





Tuesday, December 25, 2012

Island Hoping at Mamutik, Manukan & Sapi Islands

Percayalah.. aku dah lama nak tulis pasal benda ni tapi aku terlalu busy dengan hal-hal duniawi yang lain.. Nak buat macam mana orang busy kan.. Banyak benda yang aku nak kena buat..
Dengan studynyer, test lah, assignment lah, hal kengkawan lah.. 
WOW.. Too many things to be done this few weeks..  Sampai aku boleh lupa nak update my lovely blog..

Sebenarnya, aku dah berjaya jejakkan kaki aku kat 3 buah pulau yang paling cantik kat Sabah ni iaitu Pulau Mamutik, Pulau Manukan dan Pulau Sapi.. Those 3 islands are very very very beautiful.. 
This the first time in my entire life to see those beautiful sea water.. It is really awesome to be there.. 
The sea water is really amazing and it’s really crystal clear.. 
I can see a lot of beautiful fishes that I’ve never seen before.. 
Betapa cantiknya ciptaan Allah.. Ikan pon ada pelbagai jenis warna, bentuk dan saiz..
Semuanya sangat cantik dan menarik.. Subhanallah.. Betapa agungnya ciptaan Allah S.W.T.

For those who come to Sabah, please visit this Islands.. This islands sangat lah cantik and awesome.. Korang semua tak akan rugi kalau melawat pulau-pulau ni but you guys will feel the most amazing feeling that you will not gonna get it from other places.. Saja take this moment to promote Sabah.. So, jangan lupa datang Sabah and visit all this Islands..

Sebenarnya dah dua kali aku pergi Island Hoping ni.. First time with my friends during the mid-sem break and the second time is with my mom and my friends..
During the second time I’ve been there, I’m still excited although I have been there before.. 
The feeling is really amazing and wonderful.. I don’t know how to express my feeling but one thing I can said…. AMAZINGGGG !!! All my experience during the Island Hoping, I will not going to forget it and it will always be in my memories..

I still remember this one moment where I thought the “timun laut” is “ular”.. 
When I see those Timun laut, I really scared and swimming as fast as I could because I really phobia with snake.. Snake is the most scariest animal that I really hate..
All my friends weird with my action and ask me why and I said that I saw a snake and they really shock and go to check it.. Tapi sebenarnya “that thing” bukannya ular tapi timun laut..Haishhh..
Buat penat ja berenang laju-laju.. Buat letih jer..  
Then, I can see NEMO with my own eyes.. That NEMO is soo cute..
I’m really excited to see those cutie mutie NEMO..
So, kalau sapa-sapa nak tgk NEMO yg cute tu kenalah datang SABAH and visit this Islands..

Dah lah.. Malas nak beletiaq panjang-panjang pasal ni..
Hampa tengoklah sendiqi betapa cantiknya Pulau-pulau ni..
Jom lah usya-usya gambaq yang aku tangkap masa Island Hoping hari tu.. ;)


2nd Time : masa atas bot with Lily & Aqidah.. Ibu at the back.. ;)


2nd Time : With Ratna & Aqidah.. We ready to snorkeling.. 

2nd time : As soon as we arrive at the Island..sempat lagi bergambar with Lily & Aqidah.. :)

2nd Time : with Ratna & Aqidah again..Banyak tak makanan yang kitaorg bawak.. :)


 1st Time : Before bertolak naik bot.. with Faz, Fina, Shu & Hani.. ;)

1st Time : kat atas BOT.. With Datin Fina.. :)

 1st Time :  As soon as we arrived at Mamutik Island.. with Datin Fina again.. ;)


1st Time : I'm ready to swimming & snorkeling..

 
1st Time : Snorkeling with Hani.. ;)


Monday, December 3, 2012

Everyday Is an Awesome Day !

" Segala pahit getir hidup dan pengorbanan terpaksa dihadapai demi kejayaan"

Itu lah bait-bait seni kata lagu Standing In the Eyes nyanyian Ella..
That lyrics really suit my situation now..
I have to get through all this hard situation just to be an Excellent Student..
YES !! It is really hard to be a Medic Student..
Nak kena study Anatomy, Physiology, Biochem... Haih.. mmg BOSAN betul lah..
What we have to do is read and MEMORISE !!! That is the most hectic thing that I really hate to do..
My brain really can't memories all those things in a short period..
But I never give up because I have choose this road and I will go for it..
What I have to do is just Study and Study and Study sampai muntah..
I have to put a lot of effort and keep my mind in a positive mode..
YOU CAN DO IT ZATY !!! :)

What make me say EVERYDAY IS AN AWESOME DAY ???
It just a word of encouragement for me..
I just hope that everyday in here will be an AWESOME and AMAZING day..
Btw, I also had finished My Special Study Module.. Yahoo !!!
Finally, my assignment siap jugak selepas sekian lama tak berusik.. hahaha..
So, boleh lah send my assignment dekat Prof Zainal dengan hati yang gumbira..
Prof Zainal yang baik hati lagi hensem, tolonglah give me A+ for my assignment..
I really put a lot of my effort in that Special Study Module walaupun ada yang copy paste..
Hehehehe.. Jangan bagi tahu Prof Zainal erk.. This is a secret between us.. Shhhh.. ^_^

I have something to story mory about what had happened this week..
Maybe there is nothing interesting that happened this week..
But you guys know what..

MY MOM AT SABAH NOW !!!

YEPPY!!! I'm soo sooo soooooo Happy..
Memang rindu sangat nak jumpa Ibu..
Akhirnya, dapat jugak jumpa ibu selepas 3 bulan tak jumpa..
Betapa gembiranya hati ni cuma Allah S.W.T ja yang tahu..
Semua stress about study and friends terus hilang..
Nampak tak betapa kuatnya seorang ibu itu.. Masyaallah..

Sebenarnya, this Friday I will be having a TEST !!
OMG !! satu haprak pon tak study lagi..
Teruk gila kan.. Apa nak jadi lah dengan Zaty Yaacub ni..
Tak pernah nak serik-serik..asyik dok main ja keja dia..
Orang len dok pulun study..Dia dok tengok movie lah, cita korea lah, Online lah..
Ish ish ish.. Teruknya !! anak sapa lah ni.. Mesti Encik Yaacub pon malu kan ada anak yang PEMALAS macam ini..
Exactly, aku bukan tak nak study tapi mood nak study tu tak mai mai lagi.. haih..
susahkan bila study nak kena ikut mood.. Kan senang kalau tiap-tiap masa ada mood nak study..Barulah aku ni rajin sikit nak study..
Apa-apa pun redha je lah untuk TEST kali ni.. Harap-harap dapat lah jawab..
DOAKAN aku boleh jawab erk.. Wish me luck for this upcoming TEST !!!

TERIMA KASIH KAWAN-KAWAN.. :)

P/S : Tiba-tiba je rindu kat all my FRIENDS masa kat PALAM dulu.. Miss you guys.. :)

Sunday, November 18, 2012

A Small Help For GAZA



Bunyi tembakan, jeritan, tangisan dan raungan bergema di seluruh pelosok GAZA..
Mereka dibunuh dan ditembak tanpa sebarang belas kasihan..
Kanak-kanak dibunuh tanpa ada segumit pun rasa bersalah..
Wanita ditolak dan dipijak-pijak sehingga tidak mampu untuk bersuara..
Lelaki syahid berjuang untuk menegakkan Agama ALLAH S.W.T dan tanah air mereka..
Apa yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka??
Mereka adalah saudara kita.. Saudara seagama.. Kita berdiri di atas paksi yang sama iaitu ISLAM..
Tapi apa yang mampu kita lakukan untuk membantu mereka??
Sekadar rasa kasihan?? Adakah itu semua cukup bagi mereka..
Mereka tidak perlukan rasa kasihan.. Yang mereka perlu adalah pertolongan dan doa daripada kita..
Sebagai seorang MUSLIM, marilah kita bersama-sama mendoakan mereka kerana itu sahaja yang mampu kita lakukan pada saat ini..

Tentang isi boikot-memboikot pulak, I tak tahu nak comment apa because I don’t really know about this issues..
What I know is we should boycott all the Israel products and the products that are cooperate with Israel because all the money from the selling of those products are donates to Israel for weapons supply that was use to attack Palestine..
So, you all boleh nampak kan betapa pentingnya isu boikot ni.. YES! I know it’s hard to boycott some products especially the products that we use everyday..
But, if we muhasabahkan diri and take some times to think back what had Israel done to GAZA..
We will realized that all the products we use every day is nothing and we can just not to use it or replace it with some other products..

Mungkin some people will think that this Boycott thing is not gonna work because dia rasa walaupun dia tak guna benda tu tapi orang lain still guna benda tu..
But exactly they are wrong.. YES!! That’s statement is right but if we think it back, although we just do a small thing tapi kita still tolongkan..
Walaupun sekecil mana pon pertolongan yang kita buat.. Pertolongan tu sebenarnya sangat bermakna bagi mereka kerana sekurang-kurangnya kita sudi membantu..
Jadi sama-samalah kita boikot all of the product that was written below..
SELAMAT MEMBOIKOT AND SAVE GAZA !!! ^_^


Saturday, November 17, 2012

KUNDASANG Make My Jaulah Full Of Happiness !!


Pada tanggal 31 oktober 2012, aku berjaya tiba di kundasang !!! yahoo..
wah..bajet macam baru berjaya mendaki Gunung Kinabalu jer..
OPS !! sebenarnya aku baru sampai kat kundasang jer..
Belum terbuka hati lagi nak mendaki Gunung Kinabalu yang tersergam megah tu..
Insyaallah.. Kalau diizinkan Allah S.W.T, Gunung Kinabalu akan ku jejaki suatu hari nanti..
Kalau tanya bila tu..eeemmm.. tak dapat eden nok jawob eh.. mungkin masa 2nd year or  3rd year kot..
Mana tak nya, 5 tahun aku akan stay kat SABAH ni.. So, mendaki Gunung Kinabalu mesti jadi satu kemestian lah..

Nak dijadikan cite, pada hari tersebut juga merupakan My Mom's birthday..

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-44 PUAN ZAINI BINTI YOUB BAHARI !!!

Terima kasih kerana melahirkan dan membesarkan seorang gadis yang sangat degil dan nakal ni.. ^_^
Ni lah yang aku nak cite sikit.. aku seronok-seronok berjalan ke Kundasang but my mom celebrates her birthday with sadness without her lovely daughter to make her favaurite red velvet cake.. I feel so sad when my mom tell me that my brother, Irfan didn't wish her birthday and my lovely cutie mutie CAT was missing.. If anybody found a cute,white with chocolate polka dot cat named COCO, Please contact me.. But only in area Penang okay !!!

STOP !!!

Okay.. Back to the story about Kundasang..
I went there with my 5 wonderful friends and 4 awesome akak seniors..
Diaorang semua memang sangat-sangat lah best..
The whole journey full of laughter and happiness.. We spend almost of our time in the car by singing and dancing.. Thanks to KAK FATHIYAH and KAK NORM because they willing to cope with this crazy girls..

Then, our journey become more and more interesting and AWWEEESSOOOMEEE...
I went to a beautiful places that I never jejak kan kaki before..sangat Interesting !
So, Let's check it out the pictures that was taken in KUNDASANG !!! ><



This picture was taken as soon as we arrived at KUNDASANG !!! ><


During jungle tracking at Poring : Everyone is tired but we can't escape from photoshoot..


During canopy walk : Dalam gabra pon sempat lagi bergambar.. Hee.. :)


At Dairy Farm with Hani Jamil yang cute.. ;)


At Dairy Farm : we are all here.. cantik kan dairy farm ni ?? 


At Kinabalu Park : Kat sini sgt sejuk and just ignored those leg.. :-p


The scenery is soo beautiful and amazing !!! ;)

P/S : I hope I can go again to Kundasang with my Family and My Friends.. Btw, Pictures credit to Syafina Johari.. Thankz dear.. ^_^





Future Surgeon In The House !!!

WOW !!

Just looking by the tittle jer, mesti rasa macam amazing ja kan..

YES !!!

It's really AMAZING , AWESOME and WONDERFUL..
We really had a great time last Friday..
Kitaorang diajar about steps before enter Operation Theater..
Memang best sangat-sangat and I can feel that how awesome it is to be a Surgeon..
Kitaorang diajar about how to wash our hands, how to wipe our hands, how to wear mask and cap, how to wear glove and operation gown..
The most important things is how to make ourself CLEAN !!!
After we did all the steps yang I cakap tadi tu, we can't touch anything and just prepare for the Operation..

OMG !!
Tetibe jer teringat pasal Grey's Anatomy.. Citer tu memang my favourite..
Selalu sangat tengok and I really admire those Amazing Doctors but now I'm in their places..
Not really in their places because I'm just a MEDICAL STUDENT not a REAL DOCTOR yet..
but INSYAALLAH.. That day will come one day.. Please pray for my success k.. ;)

WAIT !!!
Before I end this post, I have something to share..
I want to tell something about HIM..

<PAUSE>
YES !! I know I never tell anything about HIM in here but now I think I'm ready to story mory abou HIM..
Hahahaha.. He just a person that I LIKE.. only LIKE and not more than that..
He also didn't know about my feeling and I will not gonna confess to HIM..
Nowadays my feelings towards HIM become more stronger.. I don't know why..
Maybe because I know more and more about HIS history..

OK OK OK...
Cukup sampai sini.. nanti I story mory lagi k..
Just wait for my next post k..
Before that, lets see our awesome Pictures wearing those awesome SURGEON's Outfit !!! ><

WAH !! Bergaya tak I ?? ada gaya SURGEON tak ??? Hehehe..



Saya ada 10 jari.. Korang semua ada ??? :-p


We Are Future SURGEON !!!

Me with O&G Dr. Fina.. Comel kan kitaorang.. ^_^


PEACE !!! 


P/S : Once again all the Pictures credit to O&G Dr. Fina Joe.. Thanks Dear coz let me copy those photos.. 

Wednesday, November 14, 2012

Kepenatan Yang Menyelubungi !!


TIRED !!!

That's all I can say..
NO more words that can describe how tired I am..

Last week is the most tiring day..
I had a Module Test.. YES !! It just a test but it made me become a crazy person..
That Module Test is very very important for me..
I can't fail and I don't want to fail..
That's why I put all of my effort studying and studying and studying..
I hope my module test result will make me happy..
Please Anatomy and Biochemistry.. don't make me failed !!

Let's forget about how tired I am during the test's week..
Because I have more important things to share with you guys..
I want to share about what I had done during Mid-term break.. 

Sepanjang cuti ni, aku banyak habiskan masa berjalan dan menerokai SABAH je..
Sepanjang  2 bulan aku menetap kat SABAH ni, akhirnya aku dah berjaya menjejakkan kaki ke tempat-tempat yang aku tak pernah terfikir pun aku akan sampai..

Firstly, aku dah berjaya sampai ke KENINGAU..
Mesti ada yang tak pernah dengar pasal Keningau kan..
Aku pun macam tu jugak mula-mula dengar pasal keningau.. Aku siap ingat tempat tu hulu sangat-sangat..
Tapi sebenarnya aku salah.. Sebab tu lah orang tua-tua cakap tak kenal maka tak cinta..
When first time I step in  Keningau, I feel soo much fun.. I can see a beautiful nature that I can't see in Peninsular Malaysia..
I can't describe more about Keningau but one thing I can say about Keningau is "AAAWEEESOOMEE"
Mana cukup dengar aku cerita je kan.. Mesti nak kena tengok gambar kan..
That's why "Pictures tell a thousand words"


At nenek's Kak Kam House : waiting for our food..everyone is making a hungry face !


Early in the morning : Before went for our Korban ceremony..Let's taking picture first.. 


Playing Bubbles itu SAYA!! My childish moment tetiba jer datang.. Thanks to HANI because bring those awesome bubbles !!


Everyone who played the most important part in this ceremony.. WAH ! bajet giler..


Ayunya anak dara ni potong lemang.. Rajin kan I ?? So, macam mana?? dah boleh kawin kan.. kan.. kan.. 


Gadis-gadis yang ayu dan vogue gitu.. Jangan Jelesss... ><


Makan Time : Let's eating BRONKOL !!! First time I makan BRONKOL and the taste is YUMMY.. sangat sedap sehingga menjilat ibu jari kaki..kalau tak caye cubalah rasa tengok but you all kena dtg SABAH dulu lah sebab BRONKOL tu cuma ada kat SABAH ja.. Tu lah yg specialnya pasal BRONKOL ni.. ;)

P/S : Pictures Credit To Datin Syafina Johari ^_^

1434 Hijrah Kini Telah Tiba !!!

Selamat Tahun Baru !!!

Pada tahun ini 1 Muharram 1434 H jatuh pada 15 November 2012 iaitu pada keesokan hari..
Sempena tahun baru ni, sama-sama lah kita berubah ke arah kebaikan..
Banyak yang aku perlu ubah diri aku ni..
Last night, I went for bulatan gembira a.k.a USRAH..
My Akak Usrah suruh tulis tahun baru..
Sebenarnya banyak yang aku nak tulis but I make a decision just to write the things that I really want to change..
So, aku ingat nak share lah sikit apa azam tahun baru aku ni..
Tapi aku just share sikit jer erk..mana boleh share semua.. MALU !

Firtsly, I want to be a better person..
I mean I want to be a good daughter,a great khalifah, an excellent student and an awesome friend..
Then, I don't want to GOSSIP anymore..
Semua orang panggil aku RATU GOSIP but after this I want to change it..
I don't want to be RATU GOSIP anymore..
So,lets change our self to be a better person.. (^_^)

Before that, I have some reminder for you guys..
Jangan lupa baca doa AKHIR TAHUN dan doa AWAL TAHUN erk..
Doa ni boleh lindungi kita daripada tipu daya syaitan dan mendapat keampunan Allah S.W.T..
Insyaallah.. Amin.. :)

Dibaca sebanyak 3 kali selepas solat ASAR..

Dibaca 3 kali selepas solat MAGHRIB..






Saturday, November 3, 2012

I Miss Baking And Cooking


Baking is part of my life..

That is the most correct word I can say about baking and how much I love baking..
Maybe I'm not a chef and I'm not a baker but I really in love with baking and baking make me feel awesome and that is the only way I can express myself..

Today I feel soo terrible and sangat lah letih..
I spend all my time in my room studying <--- I know it's not me right..
Tapi dah jadi Budak MEDIC ni, tak kan lah tak study kot..
Kira melanggar hukum alam tu kalau student Medic tak study kan..

Dulu kalau rasa terrible je, I will spend all of my time with Baking but today I can't bake because I was in UMS and there is no kitchen or oven in here..
Oooh Gosh.. I really miss the smell of the muffin, the cute colour of my cupcake, the great taste of my egg tarts, the sweet taste of my moist chocolate cakes, the crunchiness of my chocolate chips cookies..
I really miss those moments where I wear my kawaii apron and ready for my great experiments and put all my efforts and strength just to make a marvelous dessert that craving everyone's appetites..

p/s : hope that one day I can make delicious cakes for all my friends.. ><


Friday, November 2, 2012

I'll Change Everything

After leaving this awesome blog for about 8 months, now I'm back !!!
Did anyone in here excited about it?? 
I know my followers become less and less every day because I didn't update my blog for a long time..
I don't know what I can say about it..I just can say that I'm really sorry and sorry and sorry..

But now I'm come back and hope that everyone can still welcome me..
I didn't just come back with tangan kosong..
I make some changes to this blog..
I deleted about 10 posts in this blog because I think that posts are not suitable anymore..

I know that all my friends are curious about my condition now..
I'm happy as usual..everyone know that I'm a happy girl right..
You all know what, now I'm in SABAH !! awesome huh..
It almost about 2 months I'm in here..
SABAH is really really beautiful..
I fall in love at a first sight with SABAH..
Everything in here make me become more closer to the one and only one ALLAH S.W.T

I'm currently studying in UMS ---> Bachelor in Medicine.. 
Insyaallah..In 2017, I will be a Doctor..
Please pray for my success because I need everyone support..
I know MEDICINE is a tough course and everyone always talk about it..
But I believe in myself and I know I can do it !!!
Alhamdulilah..I'll change step by step..
Thanks to all my friends and seniors who always support and help this stubborn and lazy girl..


Wednesday, February 15, 2012

Suasana di UiTM Puncak Alam !!

selepas hampir setahun bertarung nyawa kat UiTM puncak alam ni ( walaupon x smpai stahun lg) akhirnya x lama lagi aku akan menamatkan asasi ni dan meninggalkan puncak alam yg tersayang ni..sedih sangat bila fikir balik yg aku akn berpisah dgn suma kwan2 aku kat sini..banyak kenangan yg best2 yg kitaorg bina kat sini..terlalu sukar rasanya nak tinggal kan suma tu..

cepat masa berlalu kan..aku ingat lagi masa mula2 aku datang kat puncak alam ni..aku x knal sapa2 pon masa tu melainkan housemate aku.. masa mula2 masuk lecture hall pon aku x jumpa budak2 group aku..tiap kali aku tnya org mesti diaorg jawab diaorg group D1 lah group D4 lah..kenapa lah susah sgt nak jumpa budak group D2 ni??diaorang tu menyorak dari aku ke hapa..x kan lah ssah sgt nk jmpa kot..tapi aku sabar jer n terus cari budak yg sama group dgn aku..akhirnya aku pon jumpalah satu geng ni..rupa-rupanya diaorang satu group dgn aku..akhirnya dapat jugak jumpa budak2 D2..masa tu rasa lega gila..(rasa mcm baru lepas jumpa kawan yg dh lama terpisah jer..haha)..

lepas tu masa sesi pengenalan diri,aku dapat tahu yang aku sorang jer dari PENANG..wah,x sangka dlm beribu-ribu student asasi sains ni cuma aku ja sorang budak PENANG yg tersesat masuk group D2 ni..aku ingat lagi masa mula2 aku nak berkomunikasi dgn diaorang suma..aku rasa janggal sangat..patutkah aku cakap "aku-hang" dgn diaorang ataupon patut guna "saya-awak"..aku agak konfius masa tu..so,aku pon dengan selamber nyer guna jer "aku-ko" (bajet KL sikit)..lepas tu diorang pon guna "aku-ko" gak..so, sampai sekarang lah kitaorang berkomunikasi dengan menggunakan "aku-ko'" sampai kadang-kadang bila balik PENANG pon aku terguna "aku-ko"..habis kena bahan dengan kawan2 aku..pa2 pon seronok sangat dapat jadi org selangor walaupon sekejap..

ni lah warga-warga D2..diaorang ni sangat bez and sporting..seronok sgt dapat spend 2 semester ni dgn korang..nanti dah berjaya jangan lah lupakan kawan korang sorang ni erk..hope u guys success n happy with your life !!! aku sayang korang suma.. korang banyak bagi kenangan terindah buat aku..

Dulu,aku selalu terfikir kenapa orang x nak masa cepat berlalu sedangkan masa tu sentiasa bergerak dan tak akan pernah berhenti..tapi sekarang aku dah tahu sebabnya..sebab diaorang tak nak tinggal kan kenangan manis tu dan kalau boleh nak sentisa berada pada masa tu..aku pun macam tu sekarang ni..aku rasa tak sanggup nak tinggal kan UiTM puncak alam ni..cepat betul kan masa berlalu?? tapi hidup mesti diteruskan..tak kan lah kita nak berada di tapuk yang lama je kan..so,life must go on..aku pon kena fokus untuk final ni..baru lah dapat sambung DENTISTRY untuk DEGREE ni.. (nampaknya terpaksa lupakan MEDIC..aku x layak untuk MEDIC)..

Tak aci lah kan kalau cakap pasal group D2 ja kan..R3706 macam mana pulak?? tu lah no rumah aku..tempat aku berehat,makan,mandi,tidur,meluangkan masa,bersuka-ria,belajar,bergelak ketawa,berjemaah,berdiskusi dan macam-macam lagi lah..banyak kenangan manis yang telah terjadi di dalam R3706 ni.. kitaorang suma banyak mengahabiskan masa bersama..

aku ingat lagi masa RAMADHAN yang lepas..kitaorang buka puasa sama-sama..lepas habis buka puasa ja kitaorang jemaah solat maghrib sama-sama..kadang-kadang kitaorang solat maghrib dulu sebelum buka puasa..lepas habis ja solat,suma berebut nak mandi sebab lepas tu nak pergi solat terawih pulak..tapi ada jer yg pergi solat terawih tak mandi..habis satu RSU berbau..haha..sapalah tu erk??

satu lagi kenangan aku dengan housemate aku yang x dapat aku lupakan ialah masa kitaorang pergi picnik kat kolam ikan belakang FPTP (fakulti apa entah tapi dalam UiTM Puncak Alam gak lah)..masa tu bez sangat-sangat..tu lah antara aktiviti kitaorang yang paling bez sebab sumanya terlibat.. rasa macam nak balik pada masa tu jer.. aku harap sem akhir ni kitaorang dapat spend time macam tu lagi tapi x tau lah bila..dah nak dekat final dah ni.. tapi x pa aku akan cari jugak masa untuk ajak diorang pegi picnik lagi..

have a good time with them..jom makan !!!

style x??ni lah namanya seni..yg rndah di depan n yg tgi dibelakang..hehe..

bakul tu lah watak utama untuk event picnic kitaorang ni..hehe..

posing baik punya..anis menyorok kat belakang pulak..


akhirnya, sampailah ke penghujung sesi taaruf dengan pengalaman manis aku kat UiTM Puncak Alam ni.. ni cuma taaruf ja taw..jangan terkejut kalau nanti aku da cita lagi pasal PALAM..aku memang suka cita pasal pengalaman aku.. x salah kalau kita share-share kan.. lagipun, aku memang seronok sangat kat sini..buat junior-junior kak zaty, korang memang patut masuk asasi kt UiTM Puncak Alam ni..x rugi langsung..memang the best lah !! *thumbs up* So,aku harap untuk final ni aku dapat buat yg terbaik..korang suma doakan aku erk..aku tahu korang mesti nak tengok kawan korang ni berjaya kan.. amin..


p/s : UiTM di hatiku.. harap dapat sambung degree kat UiTM lagi..UiTM the best lah !!!

Monday, February 6, 2012

Noche De Amor aka Malam Kasih Sayang !!!



fuyoo..tajuk post ni gempak giler kan..haha..tu lah tema dinner asasi PALAM..mmg bez giler dinner tu..walaupon makanan x da lah sdap sgt..lpastu ktaorg dpat meja dpan skali..dh lah dkat dgn speaker n skrin..skit tlinga ktaorg..sbar ja lah..yg pntg dpt spent time dgn classmate n housemate..hehe..


spanjang dinner tu berlangsung,aku happy sgt2..dah lah dpat usya laki2 hensem (haha..gediknya minah sorang ni)..nak dijadikan citer,aku terjmpa "programming"..wah..x sgka dpt jmpa dya kt dinner ni..dah lah jmpa 2 kali lak tu..mmg kebetulan btol lah..hehe..sorylah sbab aku lmbat update pasal dinner ni..aku bz gila lah..byak lab report n tutorial yg nak disiapkan..so,kenalah dahulukan mana yg lbih pntg kn..btol x??


ok lah,asyik citer pasal dinner jer x bez jgak kan..pa kata kita usya gmbar2 yg aku tgkap msa dinner tu..tp aku x upload suma lah..klu nk tgk yg slebihnya kena tgk kat facebook lah..jenuh lah aku nak letak suma gambar dalam blog ni..byak sngat tu..hehe..
















p/s : sumanya lawa2 kan..besalah..nama pon dinner kan..dr jauh nmpak biru ja..bla cakap pasal biru trus tringat kat BBC.. haha..