Assalamualaikum Readers yg dirahmati Allah S.W.T
It takes me about 3 weeks to update this blog.. I know I should update this faster since it is a good post that I should share it to everyone.. But I need to gather all my strength to write this.. I don't want to cry when I write this post.. Alhamdulilah.. Now I'm ready to share about what I've been through around this long 3 weeks..
It takes me about 3 weeks to update this blog.. I know I should update this faster since it is a good post that I should share it to everyone.. But I need to gather all my strength to write this.. I don't want to cry when I write this post.. Alhamdulilah.. Now I'm ready to share about what I've been through around this long 3 weeks..
Seorang hamba Allah telah bertanya kepada saya,
"Apa perasaan kau ek bila semua kawan-kawan kau tu dah berhijrah?"
"Apa perasaan kau ek bila semua kawan-kawan kau tu dah berhijrah?"
Saya terkaku.. Tidak mengetahui bagaimana untuk menjawab soalan tersebut.. Tidak mengetahui apa yang harus dikatakan.. Didn't know what reaction should I shown.. Perasaan yang tidak dapat diluahkan dan digambarkan dengan kata-kata.. Jauh di sudut hati saya, saya sangat gembira melihat perubahan mereka. Mereka semakin cantik dan ayu.. Itulah hadiah penghijrahan mereka.. Alangkah beruntungnya mereka mendapat hidayah tersebut.. Hidayah yang tidak semua orang boleh dapat.. Hidayah yang hanya boleh diberikan oleh Allah S.W.T.. Saya gembira kerana mereka berjaya mendapat hidayah tersebut.. Mereka sangat bertuah..
Tetapi jauh di sudut hati saya yang jahil ini, saya cemburu dengan mereka.. Kenapa saya tidak bisa mendapat hidayah seperti mereka?? Apa bezanya saya dengan mereka?? Adakah saya ini terlalu hina untuk mendapat hidayah yang sama?? Adakah saya ini tidak layak untuk berhijrah bersama mereka?? Adakah saya ini hanya mampu menjadi penghuni neraka sahaja?? Pelbagai soalan bermain di benak fikiran saya.. Soalan-soalan yang tidak dapat saya rangkul jawapannya.. Mungkin hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu jawapan bagi setiap soalan saya tersebut.. Allahualam..
Saya cuba muhasabah diri saya.. Dari segi pakaian mungkin saya tidak sempurna.. Saya tidak menutupi tubuh badan saya dengan sempurna.. Masih memakai seluar dan baju yang ketat.. Memakai selendang yang tidak menutupi keseluruhan dada saya.. Yer.. saya tidak sempurna.. Saya jahil.. Tetapi solat saya jaga.. Puasa saya buat.. Quran saya baca.. Itulah jawapan yang saya cuba bagi untuk menutupi kejahilan saya.. Itulah Islam di mata saya dahulu.. Cukup sekadar pakai tudung, solat, puasa, zakat dan haji.. Tetapi sebenarnya Islam lebih daripada itu.. Islam is a way of life.. Every moment of our life is based on Islam..
Sekarang baru saya sedar betapa hebat dan murninya Islam itu.. Selama ini saya hanya memahami Islam berdasarkan Rukun Islam dan Rukun Iman sahaja.. Saya tidak pernah sedar bahawa disebalik dua kalimah shahadah itu, terbentang satu tanggungjawab yang sangat besar.. Tanggungjawab sebagai seorang Muslim.. Kemana sahaja kita pergi, kita bawa nama agama kita iaitu Islam.. Orang pandang kita.. Orang lihat akhlak kita.. People judge how we take care our self.. People see and people will talk..
"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat ISLAM dan IMAN ialah nikmat SAHABAT yang soleh" - Saidina Umar al- Khattab
Alhamdulilah.. Kata-kata inilah yang saya pegang.. Mungkin saya terlewat.. Mungkin mereka mendapatkannya terlebih dahulu.. Mungkin Allah lebih menyayangi mereka.. Tetapi sekurang-kurangnya saya tahu Allah juga menyayangi saya.. Allah membuka pintu hati saya untuk berubah.. Membuka mata saya untuk melihat keindahan Islam.. Membuka fikiran saya bahawa Islam itu lebih daripada apa yang saya fahami.. Membuka jiwa saya untuk terus berada di jalan ini..
Terima kasih wahai sahabat-sahabat yang ku sayangi.. Kerana anda saya mula berfikir, kerana anda saya mula mencari, kerana anda saya lihat diri saya semula, kerana anda saya yakin betapa indahnya Islam.. Dan kerana Allah S.W.T saya berubah, saya berhijrah, saya tutup kisah silam saya.. Alhamdulilah.. Mungkin saya telah mengecapi ketiga-tiga nikmat tersebut.. Saya masih lagi dalam proses mengubah diri saya ke arah kebaikan.. Saya belum sempurna.. Saya masih lagi baru.. Saya masih lagi mentah.. Hanya dengan dorongan dan sokongan anda yang mampu buat saya terus berdiri.. Insyaallah..
p/s : Terima kasih juga buat akak-akak kerana bawa saya ke jalan tarbiyah ini.. Terima kasih di atas usrah yang banyak memberi ilmu baru buat saya.. Terima kasih geng bulatan gembira yang tidak pernah judge me on how I look and dressing..
Amin ya Rabbi Alamin..
3 comments:
rasa sebak ja baca entri ni. nani doakan kita diberi kekuatan dan istiqomah ameen:) slgi blum dipnggl, slgi tu belum terlambat dear:)
assalamualaikum... i juz wanna say im so proud n so happy wif da new u... ^^
awwww.. terima kasih kwan2.. syg sgt2 kat korang.. you guys are the best friend I ever found ;)
Post a Comment