Wednesday, March 27, 2013

Santapan Hati..

Assalamualaikum Readers yg dirahmati Allah S.W.T

It takes me about 3 weeks to update this blog.. I know I should update this faster since it is a good post that I should share it to everyone.. But I need to gather all my strength to write this.. I don't want to cry when I write this post.. Alhamdulilah.. Now I'm ready to share about what I've been through around this long 3 weeks.. 


Seorang hamba Allah telah bertanya kepada saya, 
"Apa perasaan kau ek bila semua kawan-kawan kau tu dah berhijrah?" 

Saya terkaku.. Tidak mengetahui bagaimana untuk menjawab soalan tersebut.. Tidak mengetahui apa yang harus dikatakan.. Didn't know what reaction should I shown.. Perasaan yang tidak dapat diluahkan dan digambarkan dengan kata-kata.. Jauh di sudut hati saya, saya sangat gembira melihat perubahan mereka. Mereka semakin cantik dan ayu.. Itulah hadiah penghijrahan mereka.. Alangkah beruntungnya mereka mendapat hidayah tersebut.. Hidayah yang tidak semua orang boleh dapat.. Hidayah yang hanya boleh diberikan oleh Allah S.W.T.. Saya gembira kerana mereka berjaya mendapat hidayah tersebut.. Mereka sangat bertuah..

Tetapi jauh di sudut hati saya yang jahil ini, saya cemburu dengan mereka.. Kenapa saya tidak bisa mendapat hidayah seperti mereka?? Apa bezanya saya dengan mereka?? Adakah saya ini terlalu hina untuk mendapat hidayah yang sama?? Adakah saya ini tidak layak untuk berhijrah bersama mereka?? Adakah saya ini hanya mampu menjadi penghuni neraka sahaja?? Pelbagai soalan bermain di benak fikiran saya.. Soalan-soalan yang tidak dapat saya rangkul jawapannya.. Mungkin hanya Allah S.W.T sahaja yang tahu jawapan bagi setiap soalan saya tersebut.. Allahualam..
Saya cuba muhasabah diri saya.. Dari segi pakaian mungkin saya tidak sempurna.. Saya tidak menutupi tubuh badan saya dengan sempurna.. Masih memakai seluar dan baju yang ketat.. Memakai selendang yang tidak menutupi keseluruhan dada saya.. Yer.. saya tidak sempurna.. Saya jahil.. Tetapi solat saya jaga.. Puasa saya buat.. Quran saya baca.. Itulah jawapan yang saya cuba bagi untuk menutupi kejahilan saya.. Itulah Islam di mata saya dahulu.. Cukup sekadar pakai tudung, solat, puasa, zakat dan haji.. Tetapi sebenarnya Islam lebih daripada itu.. Islam is a way of life.. Every moment of our life is based on Islam.. 

Sekarang baru saya sedar betapa hebat dan murninya Islam itu.. Selama ini saya hanya memahami Islam berdasarkan Rukun Islam dan Rukun Iman sahaja.. Saya tidak pernah sedar bahawa disebalik dua kalimah shahadah itu, terbentang satu tanggungjawab yang sangat besar.. Tanggungjawab sebagai seorang Muslim.. Kemana sahaja kita pergi, kita bawa nama agama kita iaitu Islam.. Orang pandang kita.. Orang lihat akhlak kita.. People judge how we take care our self.. People see and people will talk.. 

"Nikmat yang paling berharga selepas nikmat ISLAM dan IMAN ialah nikmat SAHABAT yang soleh" - Saidina Umar al- Khattab

Alhamdulilah.. Kata-kata inilah yang saya pegang.. Mungkin saya terlewat.. Mungkin mereka mendapatkannya terlebih dahulu.. Mungkin Allah lebih menyayangi mereka.. Tetapi sekurang-kurangnya saya tahu Allah juga menyayangi saya.. Allah membuka pintu hati saya untuk berubah.. Membuka mata saya untuk melihat keindahan Islam.. Membuka fikiran saya bahawa Islam itu lebih daripada apa yang saya fahami.. Membuka jiwa saya untuk terus berada di jalan ini.. 

Terima kasih wahai sahabat-sahabat yang ku sayangi.. Kerana anda saya mula berfikir, kerana anda saya mula mencari, kerana anda saya lihat diri saya semula, kerana anda saya yakin betapa indahnya Islam.. Dan kerana Allah S.W.T saya berubah, saya berhijrah, saya tutup kisah silam saya.. Alhamdulilah.. Mungkin saya telah mengecapi ketiga-tiga nikmat tersebut.. Saya masih lagi dalam proses mengubah diri saya ke arah kebaikan.. Saya belum sempurna.. Saya masih lagi baru.. Saya masih lagi mentah.. Hanya dengan dorongan dan sokongan anda yang mampu buat saya terus berdiri.. Insyaallah..

p/s : Terima kasih juga buat akak-akak kerana bawa saya ke jalan tarbiyah ini.. Terima kasih di atas usrah yang banyak memberi ilmu baru buat saya.. Terima kasih geng bulatan gembira yang tidak pernah judge me on how I look and dressing.. 


Amin ya Rabbi Alamin.. 

Wednesday, February 27, 2013

Everything Starts Again

Assalamualaikum ~

Alhamdulilah.. Selepas sebulan bercuti, akhirnya aku pulang semula ke Sabah untuk memulakan semester baru.. Harap-harap semester baru ni akan lebih baik dari semester lepas.. Insyaallah.. Walaupun macam-macam yang jadi semester lepas, aku tetap dapat bertahan dan menamatkan semester 1 dengan jayanya?? dengan jayanya ke?? emmm.. that's the question..

Alhamdulilah.. Aku rasa aku berjaya kot mengharungi segala pahit getir sepanjang semester 1..
Semuanya terbukti apabila result Exam Sem 1 tidak menghampakan.. Result Exam aku tak ada lah gempak mana.. Aku mengharapkan Dean's list but I failed to get it this time.. just a another 0.07 to make it for Dean's list.. But it's okay.. as long as I'm past.. Tu pon dah sangat-sangat bersyukur.. Sebab kalau aku ada subjek yang failed, aku terpasksa undergo Supplement and it will make my holiday during the end of this semester too short.. I can't go back to Penang just for 2 weeks.. I wanna spend the whole holiday with my family and friends.. Not stuck in the UMS studying and retake the examination.. But for my friends that who will take the Supplement, I know you guys can do it.. Good Luck my friends !
This is my result's slip.. nothing to be proud.. just an ordinary result xD 

Sepanjang minggu pertama Sem 1 ni, aku rasa happy sangat.. Tak tahu lah kenapa.. Setiap hari asyik gelak je.. Ada je benda yang buat aku geli hati.. Adakah itu petanda yang baik untuk Semester baru ni.. Aku harap-harap macam tu lah.. Semester 2 ni aku perlu lebih berusaha kalau aku nak dapat Dean's list.. Walau apa pun yang jadi aku nak sangat-sangat dapat Dean's list.. Doakan saya berjaya erk.. Itu je lah yang saya harapkan dari pembaca Blog saya yang baik hati semuanya xDD

Then, sepanjang minggu ni aku dihujani oleh banyak berita gembira.. Finally, JPA money dah masuk.. Alhamdulilah.. Syukur.. Lepas ni boleh lah joli sakan.. haha.. Hamboih.. Belum apa-apa dah pikiaq nak berjoli.. Eh.. Tapi tak salahkan kalau terpesong sikit menggunakan duit Kerajaan tu.. Biasalah, manusia tak boleh lari daripada nak berseronok.. Macam-macam dah tertulis dalam kepala hotak ni nak beli apa guna duit tu.. Cuma hajat belum terlaksana ja lagi.. hehehe xDD Biasa lah orang tengah jakun jadi ORANG KAYA BARU.. lol xD

I just wanna share this one sentence........
"To the world you may be one person, but to one person you may be the whole world."

Got it?? I bet everyone understand those amazing quote..
This quote make me feel better everytime I feel like a LOSER..
Just keep holding on your faith and move on my dear friends.. <3

P/S : I miss my Family.. Baru 2 minggu balik Sabah dah homesick.. huwaaaaa :(





Thursday, January 24, 2013

Finally.. It's Over !!


Alhamdulilah..
Segala penat lelah yang terpaksa aku lalui selama sebulan yang lalu akhirnya telah tamat..

FINAL EXAM for Semester  1 dah habis !!!!

YAHOOOOOO.. Aku sangat happy.. *jumping hyperly*

Selama ni tidur tak cukup..makan tak menentu..mandi tak puas..
Tapi lepas ni, semua tu dah tak kan terjadi lagi..
I'm gonna be free from studying and stay up at the late of night..
I'm gonna be free from all those heavy and thick books..
I’m gonna be free from coffee and maggi..
The most important thing I can go back home..

Alhamdulilah..aku dah selamat tiba di Penang pada 19.01.2013 yang lalu..
Dah 5 hari aku dah ada kat rumah..
Rasa best sangat dapat jejak kan kaki kat rumah.. Home sweet home..
I’m gonna do everything that I can’t do in UMS..
Memang aku nak makan masakan ibu puas-puas..
Bila cakap pasal makan, finally aku dapat makan manggis dan durian sepua-puasnya..
Bukannya dekat Sabah tak ada manggis dan durian, Cuma tak berapa nak banyak..
Tambahan pulak, aku malas nak keluaqkan duit aku semata-mata nak beli durian dan manggis..

Ye lah.. Durian dan manggis kat sana sangat lah mahal.. rugi pulak rasanya kalau nak beli.. Sedangkan dekat semenanjung boleh makan free ja.. Sedap pulak tu.. Kalau beli kat Sabah belum tahu lagi kualiti buah-buah tu semua macam mana kan..

Sepanjang 5 hari aku ada kat rumah ni, banyak benda yang aku dah lama rancang nak buat masa kat UMS dulu akhirnya dapat aku buat..
Aku dapat tengok RUNNING MAN puas-puas tanpa ada gangguan, tanpa rasa bersalah sebab tak study sebab aku dah tak payah study sepanjang cuti ni..bwahahahaha..
Nanti masa balik UMS lah baru aku start study balik..Sekarang ni nak enjoy my holiday puas-puas..
Aku boleh baking sepuas-puasnya.. Selama ni tangan dok gatai ja nak bakaq kek..
Finally, aku boleh baking apa saja yang aku nak bake..
Kawan-kawan kat UMS pon ramai yang dah pesan nak kek batik, muffin, egg tart, chese tart dan macam-macam lagi lah..
Sabaq erk kawan-kawan ku yang disayangi.. Nanti aku bawak mai semua tu balik UMS..Yang paling baik punya.. 

Okay.. Sampai sini ja lah nukilan aku pada hari ni..
Aku nak pi sambung tengok RUNNING MAN ni..
Banyak episode dah tertunda sebab asyik dok study ja masa kat UMS..
Gwang Soo dah tunggu aku tu.. Annyeong everyone..
Btw, aku sempat tangkap few pictures masa exam OSPE hari tu..
Jemput-jemput lah tengok.. .__.

Assalamualaikum..

p/s : Salam Maulidur Rasul buat semua MUSLIM.. Banyak-banyak kan berselawat sempena hari yang mulia ni..